tulisan CINTA

“Apa yang salah pada rassyad tu mama?” bergenang airmata marha bila soalan itu dibentak pada mamanya. mama hanya membisu tanpa sedikit pun tidak menoleh padanya. marha bingung bila mama menolak rassyad mentah-mentah. rassyad yang disayanginya. selepas 4tahun, mama tetap sama. dia masih dingin pada rassyad.

“Tak perlu mama nyatakan kenapa bila sebabnya jelas. mar lulusan universiti, rassyad pula pemandu teksi. mar tak malu ke? kalau mar tak kisah, fikirkan mama dan babah ni! mama dan babah punya ramai kenalan hebat-hebat. takkanla mama nak kenalkan menantu mama yang macam tu! mama malu!” pn. ida mula meninggikan suara. marha hanya memandang mamanya dengan hati yang pilu. tak fahamkah mama erti cinta? erti menyayangi sesorang. mama juga cintakan babah.

marha bangun dan tinggalkan mamanya yang masih mengomel sendiri. hati marha remuk. dari dulu mama memandang hina pada cintanya. kasihnya pada jejaka bernama rassyad. tidak pernah terfikir dirinya akan menyayangi seseorang sebegitu dalam, namun dia tidak merancang semua tu. rassyad terlalu baik padanya. malah dia tidak pernah mencuba untuk memikatnya tetapi semua itu terjadi tanpa sedar. mana bisa hati manusia mengetahui kehadiran cinta.

marha rebahkan badannya ke atas katil empuk bercadar biru itu. bantal-bantal ditolaknya ke tepi dan dipeluknya patung beruang kesayangannya. itu pun hadiah rassyad buatnya. fikirannya kusut, hatinya sayu. kenapa mama begitu kejam padanya. walhal, mama selalu nasihatkan dia untuk mencari cinta kerana kata mama, cinta akan menguatkan manusia. tetapi mama tidak pernah mahu menerima cintanya pada rassyad.

rassyad bukanlah lelaki paling kacak di dunia. bukan juga berharta. namun dia lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang. teringat marha pada waktu mula-mula mengenali rassyad. sebelum dia memiliki kereta sendiri, dia berulang alik dari rumah ke tempat kerja menaiki teksi. seorang teman cadangkan dia menempah teksi dan buat bayaran secara bulanan. maklumlah, lebih senang diurus dan berjimat. seorang rakan lain pula cadangkan nama rassyad kerana katanya, rassyad tidak banyak kerenah dan baik orangnya. lagipun, teman itu ada pertalian saudara dengan rassyad. tanpa banyak usul, marha terima saja nombor telefon rassyad dan hubungi dia untuk uruskan hal tempahan teksi.

Leave a comment